Stress tidak elok untuk kesihatan kerana ia
mengundang pelbagai penyakit seperti hypertension (darah tinggi) dan juga
penyakit koronari (jantung/angin ahmar). Jadi bagaimana nak elakkan diri dari
stress?
1. Elakkan dari mengambil teh dan kopi
Nikotin, alkohol dan juga kafein adalah stimulan atau perangsang jadi ianya bukanlah agen penenang. Sekiranya anda stress, janganlah mendekatkan diri dengan rokok, minuman keras, kopi atau teh, sebaliknya dekatlkan diri dengan Tuhan. Insya ALLAH tenang jiwa.

2. “Aku boleh atasinya”
Setiap kali anda berasakan diri akan didatangi stress, (mungkin sebab kerja atau pun masalah yang datang menjelma), apa kata anda berkata kepada diri anda sendiri, “Aku boleh atasinya!!!” Pastikan anda katakan dalam hati dan bukan laungkannya sehingga pekerja di pejabat blok seberang pun boleh dengar, nanti ambulans Hospital Tanjung Rambutan yang sampai. Ulanginya dalam hati berulang kali untuk mengingatkan anda yang anda SEMEMANGNYA boleh atasi apa jua masalah yang melanda.

3. Bersetuju dengan orang lain sesekali
Kehidupan ini bukanlah satu medan pertempuran. Walaupun anda tidak setuju dengan apa yang rakan sekerja katakan dalam mesyuarat pagi tadi, elakkan konflik yang tidak perlu dengan bersetuju sahaja apa yang dicadangkan rakan sekerja atau bos anda. Tak salahkan? Asyik nak ikut cara anda sahaja, mana boleh. Sesekali kita kena ikut rentak orang walaupun mungkin ianya membebankan lagi kerja. You have got nothing to lose.

4. Dengar apa kata tubuh anda
Jika berasa letih, penat, lapar dan dahaga, jangan hiraukannya dengan terus melakukan kerja. Kelak anda yang akan sakit dan apabila anda sakit maka kerja pon anda tak boleh lakukan dan apabila tak boleh buat kerja maka bos akan menggantikan tempat anda dengan pekerja baru yang lebih sihat. Nampak tak rantaiannya? Dan anda berhak apa untuk rehat selama sejam sehari, gunakanlah hak itu!!!

5. Belajar untuk kata “TIDAK!!!”
Tadi di atas saya ada suruh kata YA sesekali bukan? Anda juga kena belajar untuk berkata tidak. Bukan suruh kata tidak setiap masa sebab kalau anda buat macam tu kalau saya bos anda saya sendiri akan tampar anda kerana semuanya tidak. Katakan tidak juga kepada beg plastik. Itu contoh, nampak tak? Pada keadaan tertentu, anda perlu kata tidak dan pastikan anda kotakan Tidak itu tadi. Contoh, anda baru pulang dari pejabat keletihan, kawan anda mengajak lepak kelab malam, katakan tidak. Jika anda kata YA sebab ianya satu bentuk anda berehat, anda silap. Rehat apanya? Joget sana joget sini. Tunggang sana tunggang sini. Kan awal tadi saya kata, elak alkohol.. Lu pikirlah sendiri.

No comments:
Post a Comment