BERFESYEN tidak sukar jika ada keyakinan. Menyuai padan juga
tidak rumit jika bijak memilih gaya. Bagaimanapun, bagi wanita Muslimah yang
ingin bergaya mengikut lunas agama, pemilihan pakaian bersesuaian sering kali
menjadi masalah untuk mereka yang suka mencuba.Bagi yang mengikuti peredaran
fesyen, gaya mereka kini menjadi ikutan ramai. Skirt, palazo, seluar potongan
tirus atau dipanggil tapered pant, gaun maxi, kardigan labuh, semuanya disuai
padan berpandukan deria fesyen mereka yang cukup
`tajam´. Malah penggayaan skirt longgar dan palazo bukan gaya baru di dalam
dunia fesyen. Gaya itu hangat di era 60an hingga
80an namun kini, melalui olahan terkini, rekaan sama menerima suntikan baru
menjadikan ia tampak lebih moden untuk digayakan wanita bertudung. Menariknya
lagi, pemakaian skirt dan palazo sesuai untuk acara formal dan santai
memudahkan pemakai menyuai padan mengikut acara. Bagi yang berani mencuba,
seluar potongan tirus dan pinggang potongan tinggi turut menjadi kegemaran. Rekaan
skirt dan palazo juga pilihan gaya baru ditampilkan adalah dimensi baru yang perlu digunakan sebaiknya oleh
pencinta fesyen. Apa juga gaya yang ingin dibawa, jaga nilai
seorang Muslimah. Aurat perlu dijaga dan pastikan juga ia sesuai dengan
aktiviti. Anda perlu berani namun berpegang pada landasan agama.
No comments:
Post a Comment