WELCOME DEAR!!!

HYE DEAR...Jom share our own lifestyle

Monday, May 14, 2012





BERFESYEN tidak sukar jika ada keyakinan. Menyuai padan juga tidak rumit jika bijak memilih gaya. Bagaimanapun, bagi wanita Muslimah yang ingin bergaya mengikut lunas agama, pemilihan pakaian bersesuaian sering kali menjadi masalah untuk mereka yang suka mencuba.Bagi yang mengikuti peredaran fesyen, gaya mereka kini menjadi ikutan ramai. Skirt, palazo, seluar potongan tirus atau dipanggil tapered pant, gaun maxi, kardigan labuh, semuanya disuai padan berpandukan deria fesyen mereka yang cukup `tajam´. Malah penggayaan skirt longgar dan palazo bukan gaya baru di dalam dunia fesyen. Gaya itu hangat di era 60an hingga 80an namun kini, melalui olahan terkini, rekaan sama menerima suntikan baru menjadikan ia tampak lebih moden untuk digayakan wanita bertudung. Menariknya lagi, pemakaian skirt dan palazo sesuai untuk acara formal dan santai memudahkan pemakai menyuai padan mengikut acara. Bagi yang berani mencuba, seluar potongan tirus dan pinggang potongan tinggi turut menjadi kegemaran. Rekaan skirt dan palazo juga pilihan gaya baru ditampilkan adalah dimensi baru yang perlu digunakan sebaiknya oleh pencinta fesyen.  Apa juga gaya yang ingin dibawa, jaga nilai seorang Muslimah. Aurat perlu dijaga dan pastikan juga ia sesuai dengan aktiviti. Anda perlu berani namun berpegang pada landasan agama.

No comments:

Post a Comment