Mulakan hari anda dengan lemon & air suam
segarkan pagi anda dengan menu sihat |
Rutin pagi seseorang dilihat amat penting dalam meneruskan hari mereka
sebelum pergi ke kerja mahupun memulakan tugasan sebagai pelajar.
Tidak kiralah anda seorang ahli sukan, cikgu, pelajar mahupun suri
rumah, kesihatan perlu dititik beratkan dan dijaga dengan sebaiknya.
Jika kita di Malaysia, pasti ramai mengatakan bahawa memakan makanan
yang berlemak seperti Nasi Lemak, Roti Canai dan juga minuman manis
seperti Teh Tarik adalah kombinasi yang wajib. Namun tidak tahu apa
penyebab dari pengambilan lemak dan gula berlebih mampu mengundang
penyakit merbahaya seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan juga
obesiti.
Oleh yang demikian, cuba tukar rutin harian anda menjadi lebih sihat dan
hargai setiap pagi anda dengan menghirup secawan air putih suam bersama
hirisan nipis lemon untuk rasai kelainan dan kebaikkan kombinasi
tersebut.
KEBAIKAN:
- Menambahkan tahan ketahanan dalam badan
- Keseimbangan PH
- Membantu masalah mengurangkan berat badan
- Masalah penghadaman
- Pembersihan air kencing
- Kulit cerah dan bersih
- Mengelakkan dehidrasi
No comments:
Post a Comment